Sunday, August 7, 2011

bermula hari sebagai penjawat kerajaan

boleh tak kalau taknak tempuh 
8 OGOS??

hello peeps,, selamat malam dah selamat hujung minggu even esok dah start hari baru. hari baru untuk aku bergelar seorang penjawat awam yg akan berkhidmat di usia 21 tahun. muda kan? tue sume kite panggil rezeki yang tuhan bagi agar aku dapat ubah kehidupan aku ke arah lebih baik. aku pun tak sangka akan sampai ke tahap yang mcm nie. 

dulu, aku lah menjadi kebanggaan mak and abah aku sebab masa UPSR aku dapat 5 A's. power kan aku? hahaha,, tp tue sume kejayaan yang tuhan bagi aku pinjam seketika. aku ditawarkan masuk sekolah berasrama penuh. eksyen kan bila first time masuk asrama. after tue bermula lah kehidupan aku sebagai pelajar sekolah menengah. bangga gila lah kan dapat masuk sekolah bagus. sebab bile kengkawan mak and abah aku tny, diorg mcm bangga je nak sebut nama sekolah aku. 

after tue pelajaran aku merosot. bukan sebab kawan-kawan, bukan salah cikgu yang mengajar. tapi semua tue berpunca dari aku. bila dah jauh dari mak bapak, dah takde sape nk tengok-tengokkan kita. keputusan PMR and SPM aku terlalu mengecewakan. sampai satu tahap mak aku dah mati kutu memikirkan masa depan aku. aku? barulah nak menyesal. sebab tue pepatah melayu cakap " sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak guna lagi dah ". kengkawan sume dapat masuk universiti. ada yang dapat scholarship pergi oversea. aku? menunggu buah yang takkan gugur. 

tapi TUHAN tue maha adil kan. lepas apa yang DIA dah turunkan ujian, DIA beri kite ganjaran. aku dapat tawaran jadi nurse. tapi tue bukan kehendak aku. tp bila aku pikir-pikir balik, mungkin nie lah jalan untuk aku cerahkan masa depan aku yg dah hampir gelap. aku pupuk minat terhadap nurse nie sampaikan aku dah grade pun, minat tue tetap tak 100 %. sampai lah ke tahap nie, aku akan melaporkan diri sebagai seorang penjawat awam. aku bersyukur sebab tuhan masih beri aku kesempatan untuk mengecap kejayaan seperti mana org2 yang berjaya di luar sana. 

dah tiba masanya aku sematkan kenangan sekolah, kolej di minda aku. dah tiba masanya aku bukka lembaran baru untuk aku berjaya di dalam kerjaya aku. semakin aku melangkah pergi meninggalkan segala memori tue, semakin ia menghampiri aku. aku pun tak tahu kenapa malam nie aku rasa sedih sgt. sebab bagi aku, esok adalah titik permulaan hidup baru aku di alam perkerjaan. segalanya baru bg aku, 

aku dah takkan berebut nak mandi pegi kerja dgn kawan-kawan di hostel. aku tak payah nak terkejar-kejar nak naik bus pagi-pagi. aku tak payah rebut-rebut nak beli makanan dekat induk hospital. tak payah susah-susah cover line nak balik awal. semua tue memori yg sgt indah bagi aku. rebut-rebut makan dekat cafe, bising-bising dalam kelas, curik2 ponteng kelas. semua tue mmg aku takkan lupa. saat nie, aku rindukan kawan-kawan aku dekat kolej. kitorang tak penah putus dan takkan putus sampai masa yang menentukan. 

aku sentiasa doakan korang semua berjaya, jumpa jodoh yang baik-baik dan dapat banggakan keluarga serta diri sendiri. 




saat nie, hanya tuhan je yang tahu betapa aku rindu kawan-kawan aku :(

so, sape2 yg baca blog aku nie,  if korang masih sekolah lagi, anggap lah nie nasihat dari seorang akk kepada seorang adik. 

 belajar betul-betul selagi di beri kesempatan untuk belajar dan segala kemudahan disediakan.

 hormati ibu bapa, guru, ahli keluarga, kawan-kawan sebab mereka juga adalah salah satu kunci kejayaan kita

 jangan lupa solat, beramal selagi mampu. 

dan yang paling penting jangan lupa TUHAN. tanpa DIA, tak bermakna kita di dunia nie.

peluang takkan datang sendiri kalau kita tak usaha nak dapatkannya. jangan menyesal dengan apa yang kita langsung tak usahakan. 



<3,
nad

1 comment: