Sunday, August 7, 2011

bermula hari sebagai penjawat kerajaan

boleh tak kalau taknak tempuh 
8 OGOS??

hello peeps,, selamat malam dah selamat hujung minggu even esok dah start hari baru. hari baru untuk aku bergelar seorang penjawat awam yg akan berkhidmat di usia 21 tahun. muda kan? tue sume kite panggil rezeki yang tuhan bagi agar aku dapat ubah kehidupan aku ke arah lebih baik. aku pun tak sangka akan sampai ke tahap yang mcm nie. 

dulu, aku lah menjadi kebanggaan mak and abah aku sebab masa UPSR aku dapat 5 A's. power kan aku? hahaha,, tp tue sume kejayaan yang tuhan bagi aku pinjam seketika. aku ditawarkan masuk sekolah berasrama penuh. eksyen kan bila first time masuk asrama. after tue bermula lah kehidupan aku sebagai pelajar sekolah menengah. bangga gila lah kan dapat masuk sekolah bagus. sebab bile kengkawan mak and abah aku tny, diorg mcm bangga je nak sebut nama sekolah aku. 

after tue pelajaran aku merosot. bukan sebab kawan-kawan, bukan salah cikgu yang mengajar. tapi semua tue berpunca dari aku. bila dah jauh dari mak bapak, dah takde sape nk tengok-tengokkan kita. keputusan PMR and SPM aku terlalu mengecewakan. sampai satu tahap mak aku dah mati kutu memikirkan masa depan aku. aku? barulah nak menyesal. sebab tue pepatah melayu cakap " sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak guna lagi dah ". kengkawan sume dapat masuk universiti. ada yang dapat scholarship pergi oversea. aku? menunggu buah yang takkan gugur. 

tapi TUHAN tue maha adil kan. lepas apa yang DIA dah turunkan ujian, DIA beri kite ganjaran. aku dapat tawaran jadi nurse. tapi tue bukan kehendak aku. tp bila aku pikir-pikir balik, mungkin nie lah jalan untuk aku cerahkan masa depan aku yg dah hampir gelap. aku pupuk minat terhadap nurse nie sampaikan aku dah grade pun, minat tue tetap tak 100 %. sampai lah ke tahap nie, aku akan melaporkan diri sebagai seorang penjawat awam. aku bersyukur sebab tuhan masih beri aku kesempatan untuk mengecap kejayaan seperti mana org2 yang berjaya di luar sana. 

dah tiba masanya aku sematkan kenangan sekolah, kolej di minda aku. dah tiba masanya aku bukka lembaran baru untuk aku berjaya di dalam kerjaya aku. semakin aku melangkah pergi meninggalkan segala memori tue, semakin ia menghampiri aku. aku pun tak tahu kenapa malam nie aku rasa sedih sgt. sebab bagi aku, esok adalah titik permulaan hidup baru aku di alam perkerjaan. segalanya baru bg aku, 

aku dah takkan berebut nak mandi pegi kerja dgn kawan-kawan di hostel. aku tak payah nak terkejar-kejar nak naik bus pagi-pagi. aku tak payah rebut-rebut nak beli makanan dekat induk hospital. tak payah susah-susah cover line nak balik awal. semua tue memori yg sgt indah bagi aku. rebut-rebut makan dekat cafe, bising-bising dalam kelas, curik2 ponteng kelas. semua tue mmg aku takkan lupa. saat nie, aku rindukan kawan-kawan aku dekat kolej. kitorang tak penah putus dan takkan putus sampai masa yang menentukan. 

aku sentiasa doakan korang semua berjaya, jumpa jodoh yang baik-baik dan dapat banggakan keluarga serta diri sendiri. 




saat nie, hanya tuhan je yang tahu betapa aku rindu kawan-kawan aku :(

so, sape2 yg baca blog aku nie,  if korang masih sekolah lagi, anggap lah nie nasihat dari seorang akk kepada seorang adik. 

 belajar betul-betul selagi di beri kesempatan untuk belajar dan segala kemudahan disediakan.

 hormati ibu bapa, guru, ahli keluarga, kawan-kawan sebab mereka juga adalah salah satu kunci kejayaan kita

 jangan lupa solat, beramal selagi mampu. 

dan yang paling penting jangan lupa TUHAN. tanpa DIA, tak bermakna kita di dunia nie.

peluang takkan datang sendiri kalau kita tak usaha nak dapatkannya. jangan menyesal dengan apa yang kita langsung tak usahakan. 



<3,
nad

Thursday, August 4, 2011

P R E P A R A T I O N

hello uollss,, dah kenyang buka puasa? ke terlebih kenyang? hik3. hanya berbekalkan nasi ayam tunjuk (beli kat bazaar jeee) aku dah terlalu kenyang. actually target puasa nie nak dapatkan berat badan ideal and topup pahala. chewah :)

lagi 3 hari je nak mula kerja. sebelum tido mesti piki mcm mana lah aku nnt agaknye. seram pown seram jugak. whatever pun, 8 august tue mst kene tempuh jugak. melainkan bulan 8 nie bulan lompat mcm bulan feb. after 7 ogos terus 9 ogos. but it never gonna be happen! 

so, this entry just untuk share dgn membe-membe yang akan lapor diri on 8th of august, 2011. 

so, inilah persediaan yg dah aku siapkan. andaikata kalau aku ada tertinggal atau terover pulak kan, please correct me :)

UNIFORM WITH NAME TAG 


pakai tudung 2 saat tue make me looks like*&%$#@.
so, aku pakai tudung bawal biasa je :)

KASUT & STOKIN
stokin dah bebas. 
boleh pakai stokin hello kitty :)

STATIONERY


pencil case aku tak beli lagi :)


DOCUMENTS



akuan berkanun
medical check-up
KWSP
IC termasuk mak & ayah
sijil berhenti sekolah
sijil SPM
sijil PMR
sijil beranak
surat setuju perlantikan

# semua tue aku buat dalam 5 copy. tp IC tue aku buat lebih. lagi satu surat SPA dgn TAWARAN tue aku buat copy jugak :)


AKAUN BANK



GAMBAR PASPORT



gambar nie aku cuci 15 keping :)
(sila abaikan cangkuk di bahu)

TAMBAHAN


actually nie barang dari student dulu. aku foward kan je :)
lagi pun nnt takdela berebut nak guna thermometer lg. hehe


sapa yg keje klinik and wad kena bawak nie. maklumlah, junior kan tak boleh pakai mesin auto.
:)

COP


cop nie aku tak berapa puas hati sgt sebab second line tue tak centre. 
tp org still tau aku jururawat kan.

harap entry nie dapat lah membantu sesiapa yg terlalu nervous sampai tak boleh nak concentrate. kalau korang ada maklumat tambahan, feel free to drop your comment atau post dekat walls facebook aku :)

harap-harap korang dah bersedia dari segi fizikal, mental dan rohani :)

<3,
nad

kasut oh kasut

hello peeps,, senawang lebat gile hujan. tempat korang lebat tak hujan? hujan-hujan nie sedap gile kalau tido kan. nak-nak pulak tgh2 puasa nie. haih! actually hari nie mungkin hari malang bagi aku. aku nak beli kasut kerja AKA kasut raya tahun nie. semua cawangan BATA dekat senawang & seremban aku dah carik. penat woo. sume cakap takde. yes ! i know, tgh sale kan. tp tolonglah jangan abes time2 gawat mcm nie. kenapa aku tak beli je kat tempat lain je kan. bukan demand, or bukan nk poyo. cuma kasut tue je yg aku jumpa dekat BATA yg nmpk cool, exclusive bila aku nak report duty nnt.

yg ada dekat kedai only in black color. nak je rembat tp nnt ramai pulak rasa tercabarnye :)
tgh-tgh drive td, tetibe hujan lebat pulak. then org nak balik keje pulak. nak x nak balik rumah jela. malas nak hadap hujan lebat and jammed. 

korang penah tak rasa betapa geram and frustnya bile barang yg kite dah dok usha 2,3 hari, then time nak beli je dah xde. masuk nie dah 2 x aku rasa mcm nie. yg 1st tue about novel. aku dah 2,3 kali dok usha novel KASIH YANG SUCI yg diadaptasi jd cerita NORA ELENA yg femes gile tue kan. at last time aku dah banyak duit, novel tue pun abes. masuk kereta terus cry. bukan sedih atau apa. geram gile nak mampus tahap dewa.

takpelah. sok aku usha bata dekat J.J pulak. mana tau rezeki keje aku ada pulak kasut tue tersadai kat sana kan. kalau takde jugak, aku rembat jela kasut apa pun.

agak-agak aku nak pakai kasut nie ok tak eh? 
(mmg mintak penampar la aku)

Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shylla Amzah - Beribu Sesalan [Official Mus...

Wednesday, August 3, 2011

list penempatan kengkawan saya :)


semenjak nak keje nie kan. lambang nie lah yang aku dok hadap. yela, mana taw kot-kot dia tny plk kan. 


hello uolls. arini mmg pecah rekod lah kan aku tak tido after sahur. i don't know what i'm doing after that. yang pasti after subuh aku baca komik. what the heck???!! well. i'm just 21 year old. not to old la kan nak layan komik2 nie. 


anyway, kawan-kawan kolej aku ada request suruh buat list penempatan for my group. tp diorg request suruh CIK SHAZ yang buat. tapi its okey. aku dah terlebih rajin. so, here we go my dearest friends. aku start dengan majoriti dulu baru yg minoriti. :)

JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
  1. auni athirah
  2. ayu zarina
  3. fasihah
  4. fatimah azzahra
  5. muslihah
  6. nadzirah rosly
  7. izyana
  8. farizan
  9. izzati
  10. syawaltul
  11. aida hamdan
  12. ain sazwanie
  13. atiqah
  14. idayu
  15. farahin
  16. farihah
  17. farahana
  18. shazleen
  19. shamimi
  20. aqilah
  21. siti nuraida
  22. zureen 
group nie mmg aku jeles gile lah. sebab boleh lapor diri secara jemaah

JABATAN KESIHATAN W. P KUALA LUMPUR
  1. amirah diyana
  2. elizah
  3. farah alwani
  4. norliyani 
  5. afiqah
  6. hazwani
  7. roshaimyziela
  8. rossaini
  9. salimah
  10. zuhaili
tahniah korang. dapat raya tahun nie. maklumlah, keje klinik kan. 
hik..hik..hik..

JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
  1. erma erdayu
  2. aishahaini
  3. norayda
  4. hidayah
  5. rasyidah kasin
  6. siti fatimah azzaharah
good luck kawan-kawan 
| aku taknak komen lebih. nnt kene marah |
sebab apa? hanya kitorang je yang tau

JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN
  1. geetah
  2. no'or
  3. yazlin
  4. saiyidatul
  5. wan syazana
  6. fazlinda
yang nie aku taknak komen sebab aku yg panas hati nnt. 
| waaaa,, aku nak N9 |

JABATAN KESIHATAN HOSPITAL KUALA LUMPUR
  1. muzlia
  2. aemira sidik
  3. haliana
  4. rashidah mustami
  5. yusriffa
good luck korang :)

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
  1. adilah
  2. suzieyana
  3. wan sarah
nnt bawakkan aku strawberry dari cameron eh :)

JABATAN KESIHATAN NEGERI KEDAH
  1. nabila
  2. nik nur anis
yang nie aku suka. kawan baik hingga ke tempat kerja :)

haaa,, yg nie mmg kene berdikari abes lah. sebab dapat tempat lapor diri sensorang termasuk haku.


JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
  1. bazilah

JABATAN KESIHATAN PAHANG
  1. nur alyanie

JABATAN KESIHATAN SABAH
  1. sitti fatimah

yang nie pulak jabatan yang kira mcm specialist la. chewah !


JABATAN PERTAHANAN MALAYSIA
  1. che ku nor azieah

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
  1. nadzirah abd halim
| sape lagi, aku lah nie, huwaaaa,, rase nak nanges je |

kitorang akan start lapor diri 8 OGOS nie. dari segi persiapan barang, aku rasa hampir 99 %. tapi kalau persiapan fizikal and mental tak sampai 1 %. otak aku blank. anyway, aku ucapkan selamat maju jaya kengkawan. moga jumpa lagi di waktu yg lain. harap-harap group FB nie takkan berpecah sampailah mark zuckerberg hapuskan facebook.


<3,
nad ~~

* nota kaki
kalau ada yang salah, i'm sorry geng :)