Friday, April 29, 2011

2 hari lagi bekerja sebagai student

hellas peeps. makin hari makin malas gegile aku nak hupdate blog nie. aku tgk orang lain bukan men pot pet dok hupdate blog. aku bukan hape, cuma sedikit sibuk menjelang exam nie kan. bayangkan jela, balik keje pukul 2 ada kelas sampai pukul 6. haiyakkk!! otak mmg tak dapat nak terima apa2 maklumat. tup tap je masa cepat betul berlari kan. sekejap je aku rase dah nak masuk bulan 5. yela, mane tak nye, tiap2 hari buat rutin yang sama.


KERJA PAGI

aku mmg pemalas dan tak suka bangun pagi. dapat pulak kalau aku keje pagi direct. adoi! mmg tertekn aku.tiap -tiap pagi aku akan set 3 kali alarm. alarm 1 stu as reminder je. tapi  kalau keje pgi, masuk keje pukul 7 am sampai 2 pm. balik je bilik terus terbungkang mmg tak hengat dunia. malam bangun tuk carik makanan. then tido sampai la esok tuk hari baru.

KERJA PETANG

aku paling suke keje ptg sebab boleh tido lelame. xdelah asyik nak bgn pagi. hoho. aku akan bgn dalam pukul 10 camtu. then mandi, gi makan. masuk keje pukul dua petang sampai la pukul sembilan malam karang. balik je mandi then terus tido.

mmg tak terasa la masa berlalu. asyik membuta je keje aku. lagi dua hari je aku akan menjalani praktikal as a student. after nie aku akan masuk kelas untuk preparation for final. then mengira saat je bile nak cuti. horeeyyy!! tapi aku kene dtg balik kolej seminggu sebelum exam kementrian. aku pown tak kesah lah berkorban untuk kejayaan sendiri kan. lagi pown memang menempah pakej 3 hari 2 malam lah kan dalam mulut buaya kalau fail. buat malu muka mak abah aku je. then kene lah mengadap buku untuk re-sit exam kan. re- sit je takpe. tp tak merasa la duit gaji aku. orang dok huhahuha dekat luar dgn duit gaji dgn belanje family kem beli barang yang tak dapat nak beli masa student ke kan. kita yang fail nie dok la hadap buku sampai nak tercium hidung dekat buku tue. harap-harap sume kengkawan aku lulus la dalam exam kementerian nie.

bila piki nak abes belajar nie, aku selalu piki bile aku dah jadi staff nnt, aku akan jadi kerek ke eh? poyo, belagak. yang paling penting OBM (Order By Mouth). haiyakk!! harap sangat aku tak jadi mcm sesetengah orang kan. macam tak penah belajar sivik kat sekolah. asyik la ter adik-adik dari jauh nak suruh buat keje.sampaikan v/sign pown suruh student sebut satu-satu nak enter dalam konputer, adoi! igt kitorang nie mmg takde keje ke ha! aku bukan nak salahkan system paperless nie tapi sikap staff sendiri kan.  mmg banyak kebaikan bile pakai system nie but berapa saat sangat hubungan kite dgn patient? berapa tinggi kualiti nursing care yang kite bagi? boleh kira kan. ntah lah. pokok pangkal hati kite kan. nak taknak je.

hari 1st aku keje dekat $%*& mmg tertekan gile. bayangkan ada berpuloh-puloh dressing nak kene buat. aku nie ha dok la tertonggeng-tonggeng dressing patient, tp staff sorang habuk pown xde nak nolong. dah lah aku dengan kawan aku berdua je keje. boleh dia tarik kawan aku yang sibok tlg aku open set pegi buat keje dia untuk kepentingan sendiri. mmg macam palat la wa cakap sama lu. yg lagi syiok nye boleh jerit dari jaoh " hai! dari tadi dressing tak siap-siap ke ". bayangkan kualiti staff kat #$%&. aku nie mmg sorang pown tapi aku ada 30 tangan. nak je aku jawab mcm tue je kalau aku tak piki mak abah aku kat umah tue ha. mmg ringan je tangan aku nie nak bagi sekati penumbuk.

mcm-mcm jenis orang kat malaysia nie. kalau tulis dunia, nampak tipu kan sebab aku tak penah keliling dunia.
ntahlah nyah. akak pown xtaw nak habaq lagu mana lagi. aku hanya dapat berdoa supaya aku tak tegolong dalam golongan yang macam nie.





No comments:

Post a Comment