Wednesday, November 17, 2010

25 kisah kehidupan saya


assalamualaikum
salam sejahtera
salam satu malaysia


entry nie khas buat rakan nun jauh dimata tapi dekat di blog iaitu hasdhatul nor faezah. dy dah tag saya untuk buat entry nie. saya sahut cabaran itu. hik3


 1. saya lahir pada 22 may 1990. pukul bpe tue tak igt tapi area-area waktu mghrib lah. berat aku pd masa tue 3.5 kg. hoho. lahir dekat Hospital Besar Tampin. anak kedua bagi pasangan Abd Halim Muhiddin dan Habibah Kassim. diberi nama Nadzirah sahaja. senang daftar sekolah nnt. hahahaha.


2. nama gelaran di sekolah rendah,menengah dan kolej tetap sama. ---->> NAD <<----
ada 5 orang adik beradik. just have one brother only. suka gado ngn akk masa kecik2 dlu. penah dulu gado sbb aku tak bagi akk aku men jutaria sme2 ngn aku.hahahahah


3. warna kegemaran? aku suke pink kowt. masa sekolah menengah dlu aku mmg addicted pada pink. cume aku benci haiwan pink. hoho. tp sekarang mcm2 kaler aku suke. im a colourfull girl. chewah. 


4. belajar dekat Kolej Kesihatan Johor Bahru sebagai jururawat pelatih. bukan dari bidang yang aku minati. penah bercita-cita untuk lanjutkan pelajaran dalam bidang TESL. tapi result tak berapa okies. pilihan mak adalah jururawat. sedang belajar dalam tahun 3 semester I. akan tamat pada julai 2011. perkara yang paling kelakar semasa temuduga.


si temuduga: kenapa adik pilih jururawat?
aku: sebab mak suruh.
si temuduga: cuba beritahu apa maksud pada setiap line di tudung staff?
aku: mintak maap lah encik. saya tak pernah pergi hospital kerajaan. saya tak taw.


wow! berani mati tak aku jawab cmtu masa temuduga? hahahahaha


5. sangat penakut. dulu masa sekolah penah tido ramai-ramai atas katil. aku pny la penakut sampai taknak beranjak dari tempat tido. mmbe yang ada kat tengah tue smp tersepit-sepit sbb aku amek space yg besar. masa sekolah menengah, tak penah tido sorang. mesti kene gabung katil sebb penakut.haih!


6. aku paling benci kalau org yang belagak ngn aku. padahal dulu masa ko susah, aku jugak yg ko carik. semua mslh ko, sume aku yg tolong. skrg, bila ko dah ada kwn baru (padahal kawan-kawan ko sume cam gamp) ko nak belagak ngn ak. aku pown xberminat la nk kwn ngn ko. budak kampung, tak sedar diri. huh!


7. agak pendendam orgnya sebab sekali orang buat taik ngn aku, smp mati aku takkan lupa. 


8. tak suka suasana bising yang mcm sakai. suka akan kedamaian,kemakmuran. benci kalau org tak phm bahasa bila aku dah sound banyak kali. aku tak hingin nak dgr sore-sore ko tue. diam-diam sudah.paling benci bila orang tgh on phone, pastu ckp mcm orang gila. hello, aku tak hingin nk dgr perbualan ko tue okies!


9. barang-barang kesayangan? banyak. sponge bob, hp, notebook acer aspire one, heater & iron mak aku belikan masa aku mula-mula masuk kolej JB.


10. hobi aku? hahahaha. tido.tido dan terus tido. hoho. kadang-kadang suke hang out mencari kedamaian. cuci mate tgk brg-brg baru. nk beli duit xde. hik3.


11. aku sgt suka mkn mee hoon. tak kesah la mee hoon masak ap. sume aku telan. kecuali sayur kangkung. sbb masa aku tadika dulu, ada buat jamuan. nasi tomato n sayur kangkung. bau dia mcm bau inai. eeeyyeeewwww! i hate inai. then, cikgu aku paksa abeskan sayur tue. aku abeskan dengan sulam air. after that, sumpah, i taknak makan kangkung lagi. pelbagai air dan rase aku telan saje. aku tak cerewet dlm makanan nie.


12. aku tak suka org buat sepah bila aku dah kemas sesebuah tempat terutama bilik yang aku dok sekarang.yang pastinya aku tak suke org kacau stuff aku. its mine bisnes.aku amat cerewet dgn kebersihan. tp kadang-kadang aku malas jugak. hoho


13. sangat suka dgn baby yang comel2. kalau tak comel pown aku suke jugak. hehe. 


14. perkara yang paling mengerikan taun nie, tgh2 drive, tetibe enjin mati. belakang kereta adalah sebuah trealer besar. dgn hebatnya trealer tue telah mengeluarkan hon yg sgt kuat dan menyeramkan. huh! yang pastinya i terselamat smp skrg. :)


15. tak suka belajar. lagi2 bila dah masuk kolej. esok nk periksa, mlm baru baca n tercarik2 soalan past year. terukkan? kalau lah mak aku taw perangai aku mcm nie, hoho.


16. mengidamkan kereta nissan latio. tp tak taw lah mampu beli ke tak. hahahah. kalau tak dpt latio, myvi pown jd lah. dari xde. 






17. memiliki seorang kekasih hati yang bernama Muhammad syafiq bin shaharudin. kitorang dah kenal since sekolah rendah lagi. menjalinkan hubungan pada usia 18 taun. konon-konon nak fokus pada pelajaran.hahahaha,, hubungan hampir mencecah ke angka 3.


18. perkara yang aku inginkan walaupun aku tahu ia xkan jadi kenyataan ialah aku mahu tinggi mcm nasha aziz. sekarang mempunyai berat 47 kg dan ketinggian 153cm. wahhh,,pendeknye aku.




19. kereta yang dipandu sekarang adalah wira 1.5 kepunyaan abah. hik3. tak berani bawak kereta besar sbb nnt pemandu lain tak nmpk aku. tak mahir dalam kereta auto sbb tak selalu praktikkan. 


20. sangat suka kepada permainan catur. pencapaian terbaik; juara zon selatan, johan sekolah rendah, tempat keempat berkumpulan daerah, tempat ke-32 pada open tournament di kulai. tak pernah terpiki untuk smpai ke peringkat yang lebih tinggi sebab takde masa. huhu.






21. sangat suka akan bau-bauan yang bertemakan buah dan bunga. mempunyai bauan ross bud di bilik. feeling-feeling dekat taman bunga pulak, :)


22. haiwan yang paling tak suka adalah katak. kalau org dah jerit katak 200m dari saya pun, saya tetap lari dulu. tgk gmb or cerita pown tak boleh. sangat geli okies :(


23. seorang yang amat boros. suka beli barang yang tidak berpatutan. hoho. habit kan.


24. orang ramai samakan wajah saya dengan artis korea. girl generation. ada ke? 


25. sampai jugak pada no 25. hahahah. sangat sayang pada keluarga. berjanji akan balas jasa mereka once saya dah kerja nanti. 


okies, smp sini dlu entry berkaitan dgn diri saya. luv yaa ~~

No comments:

Post a Comment