Monday, October 29, 2012

welcome back ~

assalamualaikum eyeryone.
lama sgt dah tak jenguk blog nie. almost 1 year kot tak berusik. almost 1 year jugak lah aku mula kenal dgn dunia pekerjaan. fyi, mmg aku study as a nurse dlu tp tuhan tue maha adil kan. mungkin sbb aku mmg taknak pakai uniform and tekad nk attend weeding all my friends, tuhan makbulkan doa dan kehendak aku. now, aku kerja as industrial nurse (tp tak bertauliah lg la). kerja pun office hour (8am - 5pm) and uniform pun jarang pakai. 

tp bila dah masuk bidang yg totally lain dgn apa yg aku belajar dulu, its hard for me utk hadapi semua nie. aku kene belajar balik and say goodbye to my clinical skills. syg tue mmg syg tp inilah yg terbaik yg tuhan aturkan utk aku. mungkin ada hikmah disebalik semua nie. aku dpt tgk parents dgn mata sendiri sebab duduk dgn mereka kan. dapat berbakti dgn parents while mereka masih ada. 

nie gambar raya tahun nie. sila abaikan wanita yg bertudung merah itu :) 
anyway, semua kerja have their own story. semua bergantung dgn kita how to handle every problems yg kita hadapi. hati nak balik ke kementerian kesihatan tue mmg ada dan sgt2 rindukan clinical area tp bila pikir balik, nnt mst jadi junior balik kat ward and kesenangan yg aku dapat sekarang mungkin takkan dpt di ward.   perkara yg akan membezakan seseorang selain dari amalan dunianya adalah pengalaman. even kalau kita berpangkat besar mcm mne sekalipun, if pengalaman kurang, tak guna jugak kalau kita suka bermegah. right? 

so, aku berhenti disini dulu sbb dah lame sgt tak layan blog, otak jd sebu pulak nak memikirkan kenangan /perihal diri  yg nk diterjemahkan dalam kata-kata. belum terlambat lg utk wish :-

moga dipermudahkan oleh ALLAH utk menjadi tetamuNYA suatu hari nnt. amin!





Sunday, August 7, 2011

bermula hari sebagai penjawat kerajaan

boleh tak kalau taknak tempuh 
8 OGOS??

hello peeps,, selamat malam dah selamat hujung minggu even esok dah start hari baru. hari baru untuk aku bergelar seorang penjawat awam yg akan berkhidmat di usia 21 tahun. muda kan? tue sume kite panggil rezeki yang tuhan bagi agar aku dapat ubah kehidupan aku ke arah lebih baik. aku pun tak sangka akan sampai ke tahap yang mcm nie. 

dulu, aku lah menjadi kebanggaan mak and abah aku sebab masa UPSR aku dapat 5 A's. power kan aku? hahaha,, tp tue sume kejayaan yang tuhan bagi aku pinjam seketika. aku ditawarkan masuk sekolah berasrama penuh. eksyen kan bila first time masuk asrama. after tue bermula lah kehidupan aku sebagai pelajar sekolah menengah. bangga gila lah kan dapat masuk sekolah bagus. sebab bile kengkawan mak and abah aku tny, diorg mcm bangga je nak sebut nama sekolah aku. 

after tue pelajaran aku merosot. bukan sebab kawan-kawan, bukan salah cikgu yang mengajar. tapi semua tue berpunca dari aku. bila dah jauh dari mak bapak, dah takde sape nk tengok-tengokkan kita. keputusan PMR and SPM aku terlalu mengecewakan. sampai satu tahap mak aku dah mati kutu memikirkan masa depan aku. aku? barulah nak menyesal. sebab tue pepatah melayu cakap " sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak guna lagi dah ". kengkawan sume dapat masuk universiti. ada yang dapat scholarship pergi oversea. aku? menunggu buah yang takkan gugur. 

tapi TUHAN tue maha adil kan. lepas apa yang DIA dah turunkan ujian, DIA beri kite ganjaran. aku dapat tawaran jadi nurse. tapi tue bukan kehendak aku. tp bila aku pikir-pikir balik, mungkin nie lah jalan untuk aku cerahkan masa depan aku yg dah hampir gelap. aku pupuk minat terhadap nurse nie sampaikan aku dah grade pun, minat tue tetap tak 100 %. sampai lah ke tahap nie, aku akan melaporkan diri sebagai seorang penjawat awam. aku bersyukur sebab tuhan masih beri aku kesempatan untuk mengecap kejayaan seperti mana org2 yang berjaya di luar sana. 

dah tiba masanya aku sematkan kenangan sekolah, kolej di minda aku. dah tiba masanya aku bukka lembaran baru untuk aku berjaya di dalam kerjaya aku. semakin aku melangkah pergi meninggalkan segala memori tue, semakin ia menghampiri aku. aku pun tak tahu kenapa malam nie aku rasa sedih sgt. sebab bagi aku, esok adalah titik permulaan hidup baru aku di alam perkerjaan. segalanya baru bg aku, 

aku dah takkan berebut nak mandi pegi kerja dgn kawan-kawan di hostel. aku tak payah nak terkejar-kejar nak naik bus pagi-pagi. aku tak payah rebut-rebut nak beli makanan dekat induk hospital. tak payah susah-susah cover line nak balik awal. semua tue memori yg sgt indah bagi aku. rebut-rebut makan dekat cafe, bising-bising dalam kelas, curik2 ponteng kelas. semua tue mmg aku takkan lupa. saat nie, aku rindukan kawan-kawan aku dekat kolej. kitorang tak penah putus dan takkan putus sampai masa yang menentukan. 

aku sentiasa doakan korang semua berjaya, jumpa jodoh yang baik-baik dan dapat banggakan keluarga serta diri sendiri. 




saat nie, hanya tuhan je yang tahu betapa aku rindu kawan-kawan aku :(

so, sape2 yg baca blog aku nie,  if korang masih sekolah lagi, anggap lah nie nasihat dari seorang akk kepada seorang adik. 

 belajar betul-betul selagi di beri kesempatan untuk belajar dan segala kemudahan disediakan.

 hormati ibu bapa, guru, ahli keluarga, kawan-kawan sebab mereka juga adalah salah satu kunci kejayaan kita

 jangan lupa solat, beramal selagi mampu. 

dan yang paling penting jangan lupa TUHAN. tanpa DIA, tak bermakna kita di dunia nie.

peluang takkan datang sendiri kalau kita tak usaha nak dapatkannya. jangan menyesal dengan apa yang kita langsung tak usahakan. 



<3,
nad

Thursday, August 4, 2011

P R E P A R A T I O N

hello uollss,, dah kenyang buka puasa? ke terlebih kenyang? hik3. hanya berbekalkan nasi ayam tunjuk (beli kat bazaar jeee) aku dah terlalu kenyang. actually target puasa nie nak dapatkan berat badan ideal and topup pahala. chewah :)

lagi 3 hari je nak mula kerja. sebelum tido mesti piki mcm mana lah aku nnt agaknye. seram pown seram jugak. whatever pun, 8 august tue mst kene tempuh jugak. melainkan bulan 8 nie bulan lompat mcm bulan feb. after 7 ogos terus 9 ogos. but it never gonna be happen! 

so, this entry just untuk share dgn membe-membe yang akan lapor diri on 8th of august, 2011. 

so, inilah persediaan yg dah aku siapkan. andaikata kalau aku ada tertinggal atau terover pulak kan, please correct me :)

UNIFORM WITH NAME TAG 


pakai tudung 2 saat tue make me looks like*&%$#@.
so, aku pakai tudung bawal biasa je :)

KASUT & STOKIN
stokin dah bebas. 
boleh pakai stokin hello kitty :)

STATIONERY


pencil case aku tak beli lagi :)


DOCUMENTS



akuan berkanun
medical check-up
KWSP
IC termasuk mak & ayah
sijil berhenti sekolah
sijil SPM
sijil PMR
sijil beranak
surat setuju perlantikan

# semua tue aku buat dalam 5 copy. tp IC tue aku buat lebih. lagi satu surat SPA dgn TAWARAN tue aku buat copy jugak :)


AKAUN BANK



GAMBAR PASPORT



gambar nie aku cuci 15 keping :)
(sila abaikan cangkuk di bahu)

TAMBAHAN


actually nie barang dari student dulu. aku foward kan je :)
lagi pun nnt takdela berebut nak guna thermometer lg. hehe


sapa yg keje klinik and wad kena bawak nie. maklumlah, junior kan tak boleh pakai mesin auto.
:)

COP


cop nie aku tak berapa puas hati sgt sebab second line tue tak centre. 
tp org still tau aku jururawat kan.

harap entry nie dapat lah membantu sesiapa yg terlalu nervous sampai tak boleh nak concentrate. kalau korang ada maklumat tambahan, feel free to drop your comment atau post dekat walls facebook aku :)

harap-harap korang dah bersedia dari segi fizikal, mental dan rohani :)

<3,
nad

kasut oh kasut

hello peeps,, senawang lebat gile hujan. tempat korang lebat tak hujan? hujan-hujan nie sedap gile kalau tido kan. nak-nak pulak tgh2 puasa nie. haih! actually hari nie mungkin hari malang bagi aku. aku nak beli kasut kerja AKA kasut raya tahun nie. semua cawangan BATA dekat senawang & seremban aku dah carik. penat woo. sume cakap takde. yes ! i know, tgh sale kan. tp tolonglah jangan abes time2 gawat mcm nie. kenapa aku tak beli je kat tempat lain je kan. bukan demand, or bukan nk poyo. cuma kasut tue je yg aku jumpa dekat BATA yg nmpk cool, exclusive bila aku nak report duty nnt.

yg ada dekat kedai only in black color. nak je rembat tp nnt ramai pulak rasa tercabarnye :)
tgh-tgh drive td, tetibe hujan lebat pulak. then org nak balik keje pulak. nak x nak balik rumah jela. malas nak hadap hujan lebat and jammed. 

korang penah tak rasa betapa geram and frustnya bile barang yg kite dah dok usha 2,3 hari, then time nak beli je dah xde. masuk nie dah 2 x aku rasa mcm nie. yg 1st tue about novel. aku dah 2,3 kali dok usha novel KASIH YANG SUCI yg diadaptasi jd cerita NORA ELENA yg femes gile tue kan. at last time aku dah banyak duit, novel tue pun abes. masuk kereta terus cry. bukan sedih atau apa. geram gile nak mampus tahap dewa.

takpelah. sok aku usha bata dekat J.J pulak. mana tau rezeki keje aku ada pulak kasut tue tersadai kat sana kan. kalau takde jugak, aku rembat jela kasut apa pun.

agak-agak aku nak pakai kasut nie ok tak eh? 
(mmg mintak penampar la aku)

Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shylla Amzah - Beribu Sesalan [Official Mus...

Wednesday, August 3, 2011

list penempatan kengkawan saya :)


semenjak nak keje nie kan. lambang nie lah yang aku dok hadap. yela, mana taw kot-kot dia tny plk kan. 


hello uolls. arini mmg pecah rekod lah kan aku tak tido after sahur. i don't know what i'm doing after that. yang pasti after subuh aku baca komik. what the heck???!! well. i'm just 21 year old. not to old la kan nak layan komik2 nie. 


anyway, kawan-kawan kolej aku ada request suruh buat list penempatan for my group. tp diorg request suruh CIK SHAZ yang buat. tapi its okey. aku dah terlebih rajin. so, here we go my dearest friends. aku start dengan majoriti dulu baru yg minoriti. :)

JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
  1. auni athirah
  2. ayu zarina
  3. fasihah
  4. fatimah azzahra
  5. muslihah
  6. nadzirah rosly
  7. izyana
  8. farizan
  9. izzati
  10. syawaltul
  11. aida hamdan
  12. ain sazwanie
  13. atiqah
  14. idayu
  15. farahin
  16. farihah
  17. farahana
  18. shazleen
  19. shamimi
  20. aqilah
  21. siti nuraida
  22. zureen 
group nie mmg aku jeles gile lah. sebab boleh lapor diri secara jemaah

JABATAN KESIHATAN W. P KUALA LUMPUR
  1. amirah diyana
  2. elizah
  3. farah alwani
  4. norliyani 
  5. afiqah
  6. hazwani
  7. roshaimyziela
  8. rossaini
  9. salimah
  10. zuhaili
tahniah korang. dapat raya tahun nie. maklumlah, keje klinik kan. 
hik..hik..hik..

JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
  1. erma erdayu
  2. aishahaini
  3. norayda
  4. hidayah
  5. rasyidah kasin
  6. siti fatimah azzaharah
good luck kawan-kawan 
| aku taknak komen lebih. nnt kene marah |
sebab apa? hanya kitorang je yang tau

JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN
  1. geetah
  2. no'or
  3. yazlin
  4. saiyidatul
  5. wan syazana
  6. fazlinda
yang nie aku taknak komen sebab aku yg panas hati nnt. 
| waaaa,, aku nak N9 |

JABATAN KESIHATAN HOSPITAL KUALA LUMPUR
  1. muzlia
  2. aemira sidik
  3. haliana
  4. rashidah mustami
  5. yusriffa
good luck korang :)

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
  1. adilah
  2. suzieyana
  3. wan sarah
nnt bawakkan aku strawberry dari cameron eh :)

JABATAN KESIHATAN NEGERI KEDAH
  1. nabila
  2. nik nur anis
yang nie aku suka. kawan baik hingga ke tempat kerja :)

haaa,, yg nie mmg kene berdikari abes lah. sebab dapat tempat lapor diri sensorang termasuk haku.


JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
  1. bazilah

JABATAN KESIHATAN PAHANG
  1. nur alyanie

JABATAN KESIHATAN SABAH
  1. sitti fatimah

yang nie pulak jabatan yang kira mcm specialist la. chewah !


JABATAN PERTAHANAN MALAYSIA
  1. che ku nor azieah

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
  1. nadzirah abd halim
| sape lagi, aku lah nie, huwaaaa,, rase nak nanges je |

kitorang akan start lapor diri 8 OGOS nie. dari segi persiapan barang, aku rasa hampir 99 %. tapi kalau persiapan fizikal and mental tak sampai 1 %. otak aku blank. anyway, aku ucapkan selamat maju jaya kengkawan. moga jumpa lagi di waktu yg lain. harap-harap group FB nie takkan berpecah sampailah mark zuckerberg hapuskan facebook.


<3,
nad ~~

* nota kaki
kalau ada yang salah, i'm sorry geng :)

Friday, July 29, 2011

boleh mendatangkan marah :/

kenapa aku upload gambar tapi tak keluar dekat post aku? bile preview memang xde gmb2 tue. nak kate aku cun, idak la kan sebab aku bukan upload gmb aku pown. haih! dah la aku dah berbulan-bulan tinggalkan blog nie. at the end of it, mcm nie pulak yg jadinye.    
sabar jela :(


i'm back after a while :)

hello peeps,, mintak maap dari hujung rambut hingga hujung jari kaki sebab lama sangat tak update blog nie. 1st sebab mmg takde mood gile nak menaip and so on. mungkin after nie lagi tak rajin nak update sebab saya dah mula bekerja. mmg malas sebab ingatkan dapat raya dulu baru masuk kerja.


Wednesday, May 18, 2011

my blog is under construction



hella,, blog aku sekarang nie under construction lagi. sebab tangan aku yang tak berapa nak gatal nie la. dok tekan sane sini. konon nak cantik lah. langsung hilang semua layout aku yang tak berapa nak lawa tue. so, disebabkan beruk aku nie yang lembab, aku pown terpaksa la menangguhkan hasrat nak make up blog nie. 

tunggu aku balik rumah this week. kat rumah laju sikit internetnya. upload la satu malaysia nie pown. this week aku balik rumah. duit banyak sgt. xtaw nak buat apa kan. baik jumpa org tua kat rumah. dapat pahala. lagipun persiapan dinner tak lengkap lagi. aku carik kasut payah sgt nak jumpa. aku pakai sport shoes masa dinner kang. takut ramai pulak yg cemburu dgn aku. ok la peeps, kepala aku nie dari tadi senang hati betul dia men gendang. nak tido tapi mata nie degil sangat nak lelap. 

see you next entry :)

Tuesday, May 17, 2011

sikap manusia zaman sekarang :)

aku tak paham lah dgn sikap sesetengah manusia sekarang. kenapa msti nak hipokrit eh? kalau bercinta tue bukan men wangi lagi sampai KL la boleh bau minyak wangi ko tue. asal dating je mula lah jd beyonce. make up sane sini. tp bile tgk diri sendiri, totally out dgn penampilan kalau kat luar. that why mak aku cakap, dulu org tua selalu pesan. org kalau nak judge kite, takyah tgk budi bahasa yg kite boleh la nak plastik. org boleh judge kite through bilik tido atau bilik air. kalau ko dok sgt bercintun kan, meh kasi pakwe hang tgk bilik tido / bilik air korang. agak2 diorg nak tak bercintun lagi ngn korang? sekurang-kurangnya kite try tuk jd lebih baik dari tak nampak langsung usaha kite kn. perempuan VS pengotor? hina tak statement nie? tepuk dada, tanya lah hati.

Saturday, May 14, 2011

kenapa blogger semalam buat hal ???

uit,,uit,,uit,, kenapa semalam blogger nie buat hal eh? semalaman jugak lah aku tunggu kan. asal aku klik je, kuar bnd nie. nek hangin aku satu badan.


then, pagi nie aku bgn terus tgk apa progress penyakit web blogger nie, yeay!!!! dia dah sihat. huhu.  actually xdelah nak hupdate apa sgt pown. just nak bgtau im going off to singapore. bukan utk shopping2 sakan okey. just nak beli kasut yg da lame aku idamkan. erkkk?? shopping jugak tue kan. hoho. after exam nie, rmai betul org pegi berkelah. roomate aku pegi DESARU dengan kengkawan dy. pepagi lagi dah kuar. bestnye picnic2 nie. i loikkeeee!!!  BTW, isnin nie dah start kelas. maklumlah, aku still ada lgi satu exam nak kene hadap. tp exam nie mmg besar bg aku. exam nie la yg tentukan aku nie keje atau x. kene buat betul2 nie, adoi!  

okey peeps, aku nak mandi, siap sume. girls out day ~~ nnt kalau ada pict from singapore, aku akan hupdate lah utk korg okey ~~

chill yaa ~~

happy NURSES day to who was born to be a NURSE

when we talk about our ambition, a lot of job we want to be. this is what happened when we still in primary school.

TEACHER : what is your ambition my dear girl?
ME : i want to be a millionnare ---> aku yg tokok tambah.

actually aku pown tak tahu apa cita-cita aku yg sebenarnya. first of all, aku penah cakap dekat bapak aku yg aku nak apply TESL. at the end, result aku takde lah segempaq amalina yg dapat berbelas-belas A's tue kan. and totally tak melayakkan aku nak apply course tue sebab english aku OUT. sedih? xdelah sgt sbb bila aku research2 about TESL nie, aku akan belajar balik topik yg aku rasekan quite boring time aku sekolah dulu.

........................................... LITERATURE ......................................

after SPM tue aku rasa mcm dah xde peluang nak sambung study. tue la. time org suruh belajar, xhingin. dok la main sane sini. that why, aku selalu pesan dekat adik aku jangan main-main time study. nnt menyesal tak sudah mcm kakak ko nie ha. mak bapak aku pown risau mcm mana dengan masa depan aku. yg si anak dia nie tengah frust menonggeng kan. mana sempat nak piki sume2 nie. org cakap apply je sume tempat belajar. jgn kira layak atau tak. aku pown ikutkan aje apa org kata. secara tak sengaja aku pown apply la SPA nie.

entah macam mana pulak kan, dapat surat suruh aku pegi interview dekat Port Dickson. haih! aku apply pown sebab memenuhi kehendak org ramai. tetibe kene pulak pegi interview. nak pakai baju hape pown aku tak tahu. yelah, time tue umur aku 18 tahun kowt. satu hape aku tak tahu bab-bab jumpa org nie. mula-mula aku mmg taknak pegi interview tue. mmg bukan minat aku la kan bab-bab kesihatan nie. mak n akk aku bertungkus lumus carik info pasal kesihatan nie. sampaikan siap print menteri kesihatan, visi and misi kesihatan. haiyakk!! diorg pulak yg excited kan. 

aku pown pegi jela. sebab aku taknak hampakan mak n akk aku yg dah bekerja keras tue. interviewer tue pulak tanya aku macam-macam. yela, tgh interview kan. 

..........................................................................

ENCIK INTERVIEW : awak mmg minat ke bidang kesihatan nie? 
AKU : takde lah encik. sy dtg nie pown sebab mak saya yg suruh. 
ENCIK INTERVIEW : erkk?? whatever lah. saya nk tny awak satu soalan.
AKU : okey!
ENCIK INTERVIEW : awak tahu tak apa perbezaan warna-warna kat atas tudung staff?
AKU : dalam hati ( adeh! mane aku tahu sume nie).
dengan ayat mmg mintak penampar kan, aku jawab  lah jugak even tak tahu.
" mintak maap lah encik. saya tak tahu lah warna-warna nie sume sebab saya tak pernah pergi hospital goverment." gulp..gulpp
ENCIK INTERVIEW : adeh! xpelah kalau mcm tue. awk balik rumah, pegi la hospital kerajaan yg mane2 awak suke, awk tny la yek. nnt kami akan panggil awk balik.





............................................................................

yang aku nie pown dok lah risau. dia nak buat interview kali kedua ke kan. alih-alih, bulan 6 aku dapat surat tawaran, sambung belajar jadi MISI. mak aku lah org plg excited giler la kan. menyesal aku buat kerek masa interview tue. masa sem 1 mmg nampak aku nie mcm budak nerd lah kan. apa org ckp, sume ikutkan aje. maklumlah, SUPER DUPER JUNIOR kan. masa sem 1 la mengenak-ngenak aku nak blah dari tempat nie. senior sume mcm mak org. mak aku pown tak garang mcm tue. oppsss,, jgn saman aku okey. last-last sampai jugak aku sem 6 nie. 

lagi beberapa hari je aku akan abiskan zaman student aku. lepas nie say hye to work. kalau ikutkan, rase mcm semalam aku daftar masuk belajar, mak aku pasangkan cadar kat bilik, atok n nenek aku anta sampai ke JB la. sweetkan. mcm anta aku pegi oversea pulak. perasaan nak tinggalkan tempat study nie --->> of course la sedihkan. mcm2 hal aku dah buat dekat kolej nie. tapi belum sampai tahap langgar disiplin okey. kekadang aku nie terskema. bukan sengaja skema taw. tp ntahlah. mungkin time tue keinsafan dtg sekejap je. 

dah panjang melebar aku membebel, aku berbalik kepada tajuk entry nie. actually aku nak ucapkan -->


kepada sesiapa yg bergelar misi atau yg masih bergelar student. lakukan kerja seikhlas hati even kadang-kadang ikhlas tue jauh dari kita. so, kepada aku n kengkawan yg bakal menjadi penjawat awam nie, kerja dengan sungguh-sungguh and make sure jgn buat hal. kite lame lg nak pencen kowt. selamat hari jururawat semua. luv yaa ~~~

Wednesday, May 11, 2011

rindu nak hupdate belog :)

hella,, actually nak hupdate blog semalam lg sebab dah abes exam kan. tapi kene flu pulak. after makan piriton, pergh! mmg lalok wa sama ckp sama lu. huhu. tido mmg tak hengat dunia lah. pg nie terbangun awal pulak. dah berbelas-belas jam menternak taik mata kan. bangun2 je terhuyung hayang lah bdn nie. adoi! nasib bek semua struktur bilik nie aku dah hafal. kalau tidak, maun aku terjun tingkap.

so, entry nie nak cerita about EXAM. horeeyyy,, paper emergency and professional practise dah tamat dengan separa jayanya. sebab? semalam ada lag dengar gosip-gosip suam mengatakan paper emergency suku jugak lah yang failure. haiyakk! aku baru la nak simpan-simpan nota dalam kotak. dah siap2 post dekat wall FB lagi.


aku harap sangat tak berjumpa lagi dengan paper emergency. tapi takyah lah nak happy sangat kan sebab esok dengan lusa ada lagi exam yg tertunggak. tapi exam praktikal is quite better than exam theory. so harini tak tau nak buat apa. study for OSCE maybe. actually after exam OSCE nie xboleh nak merdekan sangat sebab exam lembaga still menunggu on mid of june. lembaga apa? bukan lembaga yg scary2 tue. nie lembaga yang sihat punya. lepas exam tue baru boleh bersuka ria secara official. 

perut lapa. ikut hati nak makan nasi goreng USA tapi pepagi buta nie mne nak korek kan. makan jela apa yang ada. tak saba nak balik rumah, boleh makan ape je nak makan. huhu. so, wish me luck in my final also my ministry exam. semoga menjadi penjawat awak yg berdedikasi, amin!!

tak saba nak berjalan-jalan di singapore weekend nie. to toilet mate ku, jangan lupa okey.




 nnt kalau ada gmb dari singapore, i akan upload dekat entry yg len okey. see you in next entry okey. sayonara

Thursday, May 5, 2011

girls day out ~~

GIRLS OUT

hello peeps,,minggu lepas aku menikmati hari-hari terakhir sebagai student with my toiletmate. kitorang jenjalan pegi JJ. motif dan tujuan pegi JJ tue just untuk makan , makan and makan. huhu. actually blog nie aku nak hupdate sejurus selepas balik dari JJ tue but berokband aku nie ha lembab sgt. so, dah lame sgt dah entry dok terperap dalam edit post. hari nie agaknye mood berok nie dah ok kan.

all pict nie original without editing, sebab aku malas nak edit2 gambar. that why nampak blur-blur sikit kan. bia lah kan. rupa paras tak penting. the important things is isi kandungan and cara kita sampaikan. :)



nie je barang-barang yang kitorang beli. maklumlah, nak simpan duit kan. kene jimat cermat.


xde sape nak tolong kitorang amek gambar, kitorang amek la sendiri
:)


 caramel cheese cake from NANDOS nie sangat lah sedap. sekali suap terus nampak tokyo. 
haiyak !!


see! aku tak tipu beb 


ini hidangan  muslihah. 
( i dont know why she wearing baju kurung )
but NICE !!!!


ini muzzy yang GORGEOUS !!


ini hidangan aku. 1/4 chicken with rice. 





so, review aku about NANDOS

so far, bese jelah. bagi sape yang suke pedas kan. 
bagi aku kenny rodgers lagi sedap sebab dia ada muffin yang awesome. :)
yang sama antara dua-dua nie buat perut aku kenyang. hehehe

EXAM

lagi 3 hari je aku nak exam final. persiapan tue adalah cuma bile bercakap tentang sedia tue not fully preparation. actually before aku OCSE 4 may kelmarin, aku dah tekad nak simpan semua laptop, broadband tapi alih-alih aku bukak jugak. tak tau dah cara nak tahan nafsu nie. konon lah nak online sekejap je. last-last dari semalam aku tak off laptop nie. by weekend nie aku akan simpan juga anak-anak buah aku nie untuk kebaikan aku. about OSCE kelmarin. patutnya aku ada 10 stesyen. ntah mcm mana 5 stesyen yang seterusnya dibatalkan. semua dah pot..pet..pot..pet meluahkan rasa tak puas hati. penah ke manusia puas hati eh? hee. dah lah stesyen 1-5 aku macam hampeh. tetibe je keluar stesyen pen and paper suruh aku kira ubat. tetibe pulak aku jadi macam orang yang tak pernah belajar. adoi! eh? korang jangan takot bila aku bagi ubat taw. time exam je semua jadi blank. 

so, 5 stesyen yang seterusnya will be on 11 th of may next week. nak taw sangat kenapa tetibe je batal tapi lecturer taknak kasi tahu. maklumlah, rahsia kerajaan kan. exam teory aku on 9 & 10 th of may. sem nie aku just ada 2 paper je. tapi 2 paper nie lah nak kene study bagai nak mampos sebab soalan akan keluar since sem 2 sampai lah sem 6 nie ha.  so, wish me luck in final. see you after finale. miss yaa ~~

Sunday, May 1, 2011

tamat sudah bergelar student nurse di JB

hello peeps,, harini happy sesangat sebab tamat lah aku sebagai jururawat pelatih. horeeyyy!. xyah lah nak happy sgt kan sebab aku ada lagi more than 30 years nak pencen. perasaan? of course la best sebab lepas nie dah boleh idop bebas. i mean, xde lagi rules yang ntah hape-hape kan. lepas nie xde dah org panggil aku " adik merah " ke student nurse ke ape-ape jelah. sebab lepas nie kalau dipanjangkan umur dan rezeki, aku bakal bergelar seorang jururawat. pergh! bunyik macam dasat kan tapi dalam paler hotak aku nie zero. mcm tak belajar ape-ape. actually, aku takut nak menghadapi alam pekerjaan. yelah. org msti pandang umo aku kan. tp bagi aku, umo tue hanya sekadar angka je. yg paling penting kemahiran dan ilmu yang kita ada. bila org tny apa-apa soalan, org tak tgk pown umo kite tapi org msti pandang tahap ilmu yang kita ada. baru lah boleh meyakinkan patient-patient. korang sume jgn lah takut kalau masuk hospital. nak-nak kalau aku yg jaga lah kan.

lagi beberapa hari je aku nak sit final exam. tapi kalau bercakap pasal persediaan, adoi! tak sampai 5 % kowt. ntah la. aku tak taw mcm mane nak pupuk semangat suke study nie. bila paksa, msti tak masuk. habis, kalau tak paksa, bile pulak aku nak bukak buku. kan. haiyakk! ntah la. korang ada tak ubat untuk rajin belajar? kalau ada, boleh tak share dgn aku? :)

so, esok aku nak celebrate hari-hari terakhir bergelar student nie dgn toiletmate aku. roomate aku celebrate dgn BF dia. best lah Bf dekat je. xpelah, walaupun BF aku jauh, tp dekat dalam hati aku. chewah! nak menjiwang pulak aku. kitorang tak suke keluar awal pagi sebab nak charge battery penuh-penuh dulu. baru best nak keluar kan.

so, we should stop here sebab aku dah mengantok and tak saba nak mimpi indah. owryte peeps,, nite nite ~~

Friday, April 29, 2011

2 hari lagi bekerja sebagai student

hellas peeps. makin hari makin malas gegile aku nak hupdate blog nie. aku tgk orang lain bukan men pot pet dok hupdate blog. aku bukan hape, cuma sedikit sibuk menjelang exam nie kan. bayangkan jela, balik keje pukul 2 ada kelas sampai pukul 6. haiyakkk!! otak mmg tak dapat nak terima apa2 maklumat. tup tap je masa cepat betul berlari kan. sekejap je aku rase dah nak masuk bulan 5. yela, mane tak nye, tiap2 hari buat rutin yang sama.


KERJA PAGI

aku mmg pemalas dan tak suka bangun pagi. dapat pulak kalau aku keje pagi direct. adoi! mmg tertekn aku.tiap -tiap pagi aku akan set 3 kali alarm. alarm 1 stu as reminder je. tapi  kalau keje pgi, masuk keje pukul 7 am sampai 2 pm. balik je bilik terus terbungkang mmg tak hengat dunia. malam bangun tuk carik makanan. then tido sampai la esok tuk hari baru.

KERJA PETANG

aku paling suke keje ptg sebab boleh tido lelame. xdelah asyik nak bgn pagi. hoho. aku akan bgn dalam pukul 10 camtu. then mandi, gi makan. masuk keje pukul dua petang sampai la pukul sembilan malam karang. balik je mandi then terus tido.

mmg tak terasa la masa berlalu. asyik membuta je keje aku. lagi dua hari je aku akan menjalani praktikal as a student. after nie aku akan masuk kelas untuk preparation for final. then mengira saat je bile nak cuti. horeeyyy!! tapi aku kene dtg balik kolej seminggu sebelum exam kementrian. aku pown tak kesah lah berkorban untuk kejayaan sendiri kan. lagi pown memang menempah pakej 3 hari 2 malam lah kan dalam mulut buaya kalau fail. buat malu muka mak abah aku je. then kene lah mengadap buku untuk re-sit exam kan. re- sit je takpe. tp tak merasa la duit gaji aku. orang dok huhahuha dekat luar dgn duit gaji dgn belanje family kem beli barang yang tak dapat nak beli masa student ke kan. kita yang fail nie dok la hadap buku sampai nak tercium hidung dekat buku tue. harap-harap sume kengkawan aku lulus la dalam exam kementerian nie.

bila piki nak abes belajar nie, aku selalu piki bile aku dah jadi staff nnt, aku akan jadi kerek ke eh? poyo, belagak. yang paling penting OBM (Order By Mouth). haiyakk!! harap sangat aku tak jadi mcm sesetengah orang kan. macam tak penah belajar sivik kat sekolah. asyik la ter adik-adik dari jauh nak suruh buat keje.sampaikan v/sign pown suruh student sebut satu-satu nak enter dalam konputer, adoi! igt kitorang nie mmg takde keje ke ha! aku bukan nak salahkan system paperless nie tapi sikap staff sendiri kan.  mmg banyak kebaikan bile pakai system nie but berapa saat sangat hubungan kite dgn patient? berapa tinggi kualiti nursing care yang kite bagi? boleh kira kan. ntah lah. pokok pangkal hati kite kan. nak taknak je.

hari 1st aku keje dekat $%*& mmg tertekan gile. bayangkan ada berpuloh-puloh dressing nak kene buat. aku nie ha dok la tertonggeng-tonggeng dressing patient, tp staff sorang habuk pown xde nak nolong. dah lah aku dengan kawan aku berdua je keje. boleh dia tarik kawan aku yang sibok tlg aku open set pegi buat keje dia untuk kepentingan sendiri. mmg macam palat la wa cakap sama lu. yg lagi syiok nye boleh jerit dari jaoh " hai! dari tadi dressing tak siap-siap ke ". bayangkan kualiti staff kat #$%&. aku nie mmg sorang pown tapi aku ada 30 tangan. nak je aku jawab mcm tue je kalau aku tak piki mak abah aku kat umah tue ha. mmg ringan je tangan aku nie nak bagi sekati penumbuk.

mcm-mcm jenis orang kat malaysia nie. kalau tulis dunia, nampak tipu kan sebab aku tak penah keliling dunia.
ntahlah nyah. akak pown xtaw nak habaq lagu mana lagi. aku hanya dapat berdoa supaya aku tak tegolong dalam golongan yang macam nie.





Sunday, April 24, 2011

i really miss my blog :(

hellas peeps, agak lame jugak aku dah tak update blog nie. asal nak hupdate je, berokband nie tetibe plk collapse. asal nak hupdate je, blogger nie dok la loading bukan main lame.last2 aku pown dah lame tak google blogger nie. BTW, lagi seminggu je lagi sesi praktikal aku as a student. after nie aku akan menginjak ke alam pekerjaan. sedih? sikit la tp hati nie sangat2 melonjak nak pergi jauh dari JB. oppsss,, jgn ckp besar sebab selalunya tempat yg kite xnak pegi tue la tuhan akan bayar cash. betul tak? huhu. starting from tomorrow aku akan menghabiskan sisa as a student di HOSPITAL SULTAN ISMAIL. kat situ tak macam HOSPITAL SULTANAH AMINAH. secara kasarnya, aku terhutang budi dekat HSA sebab terlalu banyak ilmu yang aku dapat kat sana. HSI nie is the first experience. tak penah pegi lagi so xdapat nk story lebih2.

 arini cuti. yeay! i love CUTI. hukhuk. so, planning arini doing my fucking laundry, kemas bilik, cuci bilik air and mop lantai. i dont know wether semua nie aku akan buat atau tak. hehe.bila terlalu banyak sgt cerita yg nak diceritakan, until that time, i dont know how to create some story in this blog.

so, GTG. nak mulakan operasi kemas mengemas. till we meet again dear. tata ~~

Friday, April 8, 2011

M.A.L.A.S

kemalasan melanda
.
.
.
.
.
.
besok dah start kerja
.
.
.
.
.
.
tidur awal
.
.
.
.
.
.
.
.
wake up early

nite everyone :)

Wednesday, April 6, 2011

good evening :)

actually xde apa pun nak update.
just nak bgtahu.
aku dah setelkan baju.
horeeyyy!!
lega hati aku.
then,
aku cmpak je baju dalam dryer.
xpayah sidai n rebut2 tempat sidai baju
(padahal mmg pemalas)

mata nie mmg dah mengantok dari pukul 11 lg.
tp tahankan sebab nnt dah xde baju aku nak pakai

roomate n toilet mate dah siap mimpi kawen dgn anak raja dah.
aku dok la keluar masuk bilik uruskan baju.
huh!
mcm baru lepas maraton 100,000 km. 

ok peeps,
bantal n katil dah panggil2.
see ya ~~

selesai sudah osce :)

hye korang :)
selesai sudah osce arini. so, ok la. xdelah seteruk sangkaan aku. trial nie sume yg simple2 je keluar. but still ada yang sterile prosedur. osce kali nie adalah osce yng paling comel pernah aku buat. start dari masuk sampai lah habis asyik la senyum2 bile masuk station. mcm tgk badut sarkas wat show plk. hahaha.

yang lagi buat aku kelakar, suruh bg s/c insulin atrapid tp vial yg dia bagi dekat aku insulated insulin. haiyak! mula2 aku igt dalam rancangan wakenabeb rupa-rupa betul2 pny. diorang yang prepare alatan pun tak counter check before start. after aku sudah buat injection,,dgr la pemeriksa tue sok..sek..sok..sek dgn pembantu suruh amek insulin atrapid. so, korang kene la trima kasih dgn aku sebab sedarkan pemeriksa. hahahaha,,


STATION 1
key hole dressing

STATION 2
balutan above knee stump

STATION 3
left lateral positioning

STATION 4
s/c insulin atrapid 16 unit

STATION 5
cord dressing 5 days

bagi aku, osce kali nie idak lah stress mne. sebab sume station boleh dikatekan so so la. mcm mane dgn kengkawan aku yg len? aku rse korang pown happy dgn soalan yg keluar kan. :)

whatever pown, be prepared dgn 10 station on final nnt. tak taw lah soalan jenis apa pulak yg keluar nnt. 

HARI INI
peperiksaan OSCE

ESOK
pembantu osce junior

LUSA
cuti 

bestnye 3 hari aku rehat dari buat kerja2 wad. horreeyyy!! korang jgn jeles eh. hik3. ok la. gtg. nk kena siapkan laundry yg dah tertangguh 2/52 lamenya. happy holiday.